Thursday, August 19, 2010

Ozil akhirnya sah jd milik Real Madrid



Raksasa La Liga, Real Madrid, kini rasmi mendapatkan bintang muda Jerman Mesut Ozil dari Werder Bremen. Los Blancos baru saja mengumumkan pembelian keenamnya musim panas ini melalui laman rasmi kelab tersebut. Bild di Jerman juga mengabarkan hal sama. Ketua jurulatih Bremen, Klaus Allofs, mengatakan "kami menghormati keinginan Ozil yang ingin mengembangkan kariernya".
Walau bagaimanapun, baik Madrid maupun Bremen belum mahu buka mulut mengenai harga serta kontrak ozil. Namun Madrid telah mengajukan tawaran terakhir sebesar 14 juta euro meskipun Bremen dikhabarkan berkeras dengan harga 18 juta euro.
Pada pagi selasa (17/8/2010) waktu malaysia, ayah pemain 21 tahun ini sebenarnya telah memberitahu kepada media Jerman bahawa anaknya telah pun mencapai kata sepakat dengan kelab yang bertempat di Santiago Bernabeu itu. Namun kelab-kelab tersebut belum lagi mengeluarkan kenyataan yang rasmi mengenai perpindahan pemain muda tersebut.

Ozil menjadi buruan kelab-kelab besar di eropah setelah tampil menarik di Piala Dunia Afrika Selatan. Ozil menjadi antara pemain perancang yang berjaya membawa Jerman berada di tempat ketika menewaskan Uruguay meski pun Jerman hampa selepas tewas kepada gergasi eropah yang juga merupakan juara eropah sebelum piala dunia bermula.

No comments:

Post a Comment