Friday, May 13, 2011

Setelah lama menyepi.............

Assalamualaikum wbt..hmm, xda tau jgak mo ckp psl pa nie..hahaha..bah, ckp jak la psl pa2 pn arr..hmm, stlh lma menyepi...jd, knpa la??? ada aku kesah?? hahahaha...xda la, grau2 jak...stlh agak lma aku praktikal, byk yg aku tlh jmpa..byk pengalaman yg tlh aku dpt...n byk jgak kwn bru yg tlh aku knl...hmm, mcm gnie la hidup d tmpt yg baru, suasana yg baru...pokoknya, semuanya serba baru la bah..walau pn d negeri sndri...hahaha..kesian...hmm, xda tau sdh mo ckp pa, len kali smabung lg la....bila sdh ada idea...hehehe

Monday, January 17, 2011

JaBaTaN CeTaK KeRaJaaN - aKauN

aRinie, start d seksyen akaun...hurm, xda byk yg d wat ari nie,,..hya pindahkn fail ke tmpt yg bru dan label smula fial...tgk fail2 dlm pejabat td, wah byknya...nnt mo d kasi kmas lg...tp pa bley wat, kna jgak la ikut...dh jd salah 1 staff jck kn..so, kna la ikut pa yg durg akan wat...pa2 hal pn, jgn fkir ssh..yg pntg, enjoy selama praktikal nie...skurg2nya, adalah pgalaman mcm mna mo urus2 fail2 yg bkaitan dlm pjbt..tu yg plg utama..mna la tau kn nnt ada rezeki dpt kerja yg mcm tu, adalah sdh pgalman ckit..xda la d buli2 oleh staff organisasi tersebut....hahahhahha...kunun.........

Friday, January 14, 2011

PRaKTiKaL JCK

Setelah 3 mggu berlalu, akhirnya latihan industri di bahagian admin JCK tamat...selepas ini aku akn beralih plak ke syeksen yg baru, iaiutu syeksen akaun..pa yg aku perolehi stlh 3 mggu d bahagian admin??? Hmm, byk yg tlah aku perolehi..pengelaman2 yg tdk pernh aku rsa kn sblm nie..bahagian admin merupakan permulaan kpda kerja yg seterusnya...segala surat2 tempahan, surat2 undangan, dan segala jenis surat akn d trma d bhgian ini...slps itu, surat td akan d agih2kn kepada bhgian2 yg bkenaan..d bhgian admin nie jgak, mklumat2 pekerja semua terdpt d cnie..dn d smpn dlm 1 fail...staff yg berada dlm admin nie mpyai tgs msing2...sperti, mngenai cuti, pelantikan, persaraan, elaun, dan sbginya...wlu bgaimnapn, tdpt sorang staff yg mengendalikn kesemua tugas berkenaan dn d letakkan dlm 1 fail..fail ini mengandungi maklumat staff dr awal perkhidmatn sehingga la staff itu hndk berhenti atau bersara...hurmm, byk lg la yg sya tlah perolehi hasil drpd latihan d bhagian admin selama 3 hari tu..wlu pn msa agak singkat, nmun staff2 yg ada tidak lokek ilmu untk mengajar kmi pa yg kmi ingin tahu..thanx to all staff in admin..sya enjoy berada d bhgian admin...pas nie crta psal akaun plak...hehehe...see u next chapter..hahhaha

Sunday, November 14, 2010

Oh! Remaja Bercium di Khalayak Ramai



Video ini mencerminkan kesopanan remaja kita sekarang. Kemana hilangnya kesopanan dan sifat malu kita sekarang. Hingga sanggup membuat kemaksiatan di khalayak ramai. Sungguh memalukan dan menyayukan. sesungguhnya Islam tidak mengajar pengikutnya berbuat sedemikian. Na'uzubillah..

Thursday, August 19, 2010

Ozil akhirnya sah jd milik Real Madrid



Raksasa La Liga, Real Madrid, kini rasmi mendapatkan bintang muda Jerman Mesut Ozil dari Werder Bremen. Los Blancos baru saja mengumumkan pembelian keenamnya musim panas ini melalui laman rasmi kelab tersebut. Bild di Jerman juga mengabarkan hal sama. Ketua jurulatih Bremen, Klaus Allofs, mengatakan "kami menghormati keinginan Ozil yang ingin mengembangkan kariernya".
Walau bagaimanapun, baik Madrid maupun Bremen belum mahu buka mulut mengenai harga serta kontrak ozil. Namun Madrid telah mengajukan tawaran terakhir sebesar 14 juta euro meskipun Bremen dikhabarkan berkeras dengan harga 18 juta euro.
Pada pagi selasa (17/8/2010) waktu malaysia, ayah pemain 21 tahun ini sebenarnya telah memberitahu kepada media Jerman bahawa anaknya telah pun mencapai kata sepakat dengan kelab yang bertempat di Santiago Bernabeu itu. Namun kelab-kelab tersebut belum lagi mengeluarkan kenyataan yang rasmi mengenai perpindahan pemain muda tersebut.

Ozil menjadi buruan kelab-kelab besar di eropah setelah tampil menarik di Piala Dunia Afrika Selatan. Ozil menjadi antara pemain perancang yang berjaya membawa Jerman berada di tempat ketika menewaskan Uruguay meski pun Jerman hampa selepas tewas kepada gergasi eropah yang juga merupakan juara eropah sebelum piala dunia bermula.

Tuesday, August 17, 2010

Salleh Gregor Samsa - Budak Melayu Beragama Islam Hina Puasa

Agak mengejutkan sekali apabila seorang manusia dari bumi Malaysia ini menghina puasa sedangkan beliau sendiri beragama islam. Mari kita lihat apa yang tercatat dalam komen face book Salleh Gregor Samsa.

agungnya cinta seorang ibu..

Seorang ibu yang baru melahirkan penuh kebahagiaan bertanya kepada doktor,
" Boleh saya melihat bayi saya ?"

Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut 
yang membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan 
nafasnya. Doktor yang menungguinya segera berbalik memandang ke arah
luar tingkap hospital. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga!

Waktu membuktikan bahawa pendengaran bayi yang kini telah meningkat 
menjadi seorang budak itu berfungsi dengan sempurna. Hanya 
penampilannya saja yang kelihatan aneh dan buruk. Suatu hari anak 
lelaki itu bergegas  pulang ke rumah dan membenamkan wajahnya dalam 
pelukan sang ibu yang  menangis. Ia tahu hidup anak lelakinya penuh 
dengan kekecewaan dan tragedi.

Anak lelaki itu teresak-esak berkata,
" Ma, seorang budak yang besar mengejek saya.
Katanya, saya ini makhluk aneh."

Anak lelaki itu semakin dewasa.
Ia cukup tampan dengan cacatnya.
Ia pun disukai rakan-rakan sekolahnya.
Ia juga mengembangkan bakatnya di bidang muzik dan menulis.
Ia ingin sekali menjadi ketua kelas.

Ibunya mengingatkan,
" Bukankah nantinya kamu akan bergaul dengan remaja-remaja lain ?"

Namun dalam hati ibu merasa kasihan dengannya.
Suatu hari ayah anak lelaki itu bertemu dengan seorang doktor yang 
boleh menciptakan telinga untuknya.

Doktor itu berkata,
" Saya percaya saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya.
Tetapi harus ada seseorang yang bersedia mendermakankan telinganya."

Kemudian, orangtua anak lelaki itu mula mencari siapa yang mahu 
mengorbankan telinga dan mendermakannya pada mereka.
Beberapa bulan sudah berlalu.
Dan tibalah saatnya mereka memanggil anak lelakinya.

Sang ayah berkata,
" Nak, seseorang yang tak ingin dikenali telah bersedia mendermakan
telinganya padamu.
Kami harus segera mengirimmu ke hospital untuk melakukan pembedahan.
Namun, semua ini sangatlah rahsia."

Operasi berjalan dengan lancarnya.
Seorang lelaki baru pun lahirlah.
Bakat muziknya yang hebat itu berubah menjadi kepintaran.

Ia pun menerima banyak penghargaan dari sekolahnya.
Beberapa waktu kemudian ia pun menikah dan bekerja sebagai seorang 
diplomat.

Ia menemui ayahnya,
" Pa, saya harus mengetahui siapa yang telah bersedia mengorbankan 
ini  semua pada saya.
Orang itu telah berbuat sesuatu yang besar namun saya sama sekali 
belum membalas kebaikannya."

Ayahnya menjawab,
" Papa yakin kamu takkan bisa membalas kebaikan hati orang yang 
telah memberikan telinga itu."

Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan,
" Sesuai dengan perjanjian, belum saatnya bagi kamu untuk mengetahui
semua rahsia ini."

Tahun berganti tahun.
Kedua orang tua lelaki itu tetap menyimpan rahsia.
Hingga suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu.

Di hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi peti jenazah
ibunya yang baru saja meninggal.
Dengan perlahan dan lembut, sang ayah membelai rambut jenazah ibu
yang terbujur kaku itu, lalu membelainya sehingga ternampaklah bahawa
sang ibu  tidak memiliki telinga.

Sang ayah berbisik,
"Mama kamu pernah berkata bahwa Mama senang sekali dapat memanjangkan
rambutnya.
Dan tidak seorang pun menyedari bahawa Mama telah kehilangan sedikit
kecantikannya bukan?"

Kecantikan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh namun di
dalam batin.
Harta karun yang hakiki tidak terletak pada apa yang dapat terlihat,
namun pada apa yang tidak dapat terlihat.
Cinta yang sejati tidak terletak pada perbuatan kasih yang telah
dikerjakan dan diketahui, namun pada perbuatan kasih yang telah 
dikerjakan namun  tidak diketahui.